Ahad, 5 Ogos 2012

# 1 : Mula.


Saat tanggal ini. 5 Ogos 2012, 17 Ramadan 1433H.

Saya mula untuk menulis di sini. Mahu tulis apa yang saya rasa, apa yang saya suka dan apa-apa sahaja. Untuk apa, hanya kerana Allah. Sungguh, ia serius. Saya tak tahu perkara lain yang lebih best dari itu.

Apa guna hidup berfoya-foya kalau hidup dalam alam murka-Nya.

Perkara awal yang saya perlu ketengahkan ialah saya tak mahu di kenali. Dan anda semua tak perlu meneka siapa saya. Kerana saya juga insan biasa seperti anda. Bukan batman, superman mahupun keluangman. Huh.

Saya tak pasti ada atau tidak manusia yang akan baca tulisan huduh saya ini, walau ia ditaip menggunakan komputer. Mungkin hari ini tiada. Namun siapa tahu, ada yang terlintas untuk membaca.

Mengapa harus putus harapan kalau kita belum pun menyelam sedalam dalamnya ke dasar kehidupan?

Bina harapan,
bina diri.

Jangan biar kita jatuh tak lagi berdiri.

 -Mr Hope-

5.8.2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.