Ahad, 5 Ogos 2012

# 2 : al-Quran dan Buku Hafaz


Di sini, dia antara sahabat yang memahami saya. Saya akan ceritakan masalah kepadanya. Kalau nak diceritakan kepada orang lain saya segan. Malah, dialah sahabat yang thiqah menjaga rahsia saya. Saya sayang dia.

Ketika saya down, kepada dialah antara tempat pengaduan. Satu ketika saya mengadu yang saya lemah ingatan.

" Sukar nak mengingat itu bukan masalah kamu seorang, tapi masalah biasa semua orang. Sejak datang sini, aku tak tengok sangat movie, tengok pun sikit sangat. Sebab memang melalui itulah akal kita jadi tumpul, payah nak mengingat sesuatu. Ilmu tu tak masuk ke dalam hati pelaku maksiat. Jauhi melihat perkara maksiat insya-Allah Allah pelihara hati kamu. Mudah ilmu masuk.

Aku hanya boleh nasihat. Sebaiknya, kurangkan atau tak payah tengok movie atau drama-drama tu. Kita ni bukan setakat nak menghafaz fakta, al-Quran dan hadis jugak perlu kita hafaz. Itu lagilah berat prasyarat untuk tembus ke dalam hati kita."

Dia seorang yang rajin dan bijak. Pandai bahagi masa dan kenyang hanya dengan ibadah kepada Allah. Kadang-kadang rasa segan sungguh dengan dia. Nasihat dia amat-amat berguna.

Solusi.

Saya ada terfikir, bagaimana mahu atasi semua ini. Saya rasa, lepas ni, saya akan bawa dua benda ini ke mana-mana semampu yang boleh. al-Quran dan buku hafaz.

Dengan al-Quran, moga-moga saya tak jauh daripada Allah.

Dengan buku hafaz, saya akan sematkan apa fakta yang perlu saya hafaz. Moga-moga saya tak akan lupa tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan akan mudah menghafaz segala fakta yang perlu dihafaz.

Ini satu harapan.

Moga ianya jadi satu kenyataan dan penuh istiqamah.

^^

-Mr. Hope-

5 Ogos 2012.
7.15 p.m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.