Kelu. Mahu kata bagaimana pun saya tak tahu.
Saya, apabila semakin dewasa, ada saja perubahan yang berlaku. Kadang-kadang, saya tak tahu, apa punca sebenar saya berubah sebegitu.
Antaranya, yang pertama, saya jadi malu mahu letakkan gambar di laman sosial. Kedua, saya kini jadi tidak suka berjawatan, tambah-tambah kalau jawatan itu jawatan besar.
Huh.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan kembali.
Sungguh, semua perubahan ini berlaku tanpa saya sedari. Mungkin persekitaran hidup saya yang telah lama mempengaruhi saya.
Dan mungkin juga hati saya yang tak pernah surut merendah diri. Tak tahu lagi nak buat bagaimana.
Apabila berfikir secara mendalam, saya fikir saya perlu mengorak langkah baharu. Tak perlu takut lagi dengan jawatan. Bahkan gunakannya dengan daya yang terbaik. Jadikan diri lebih bermanfaat dengan jawatan tersebut.
Namun, dari satu sudut, hati haruslah sentiasa dijaga. Agar segalanya dilakukan hanya kerana Allah, bukan kerana jawatan.
Alhamdulillah, satu lagi harapan yang bakal menyinari hidup saya, insya-Allah.
Wallahua'alam.
-MrHope-
20 Oktober 2012
10:04 a.m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.