Isnin, 6 Ogos 2012

# 3 : Dua Doktor


Saya tak tahu ini kali ke berapa, tapi kerap sungguh nampak dua kelibat itu. Satu berbaju hijau lengkap, dan satu lagi berbaju biru lengkap. Kadang-kadang di leher mereka ada terselit stethoscope.

Rumah sewa saya amat dekat dengan sebuah hospital. Dan rumah saya juga amat dekat juga dengan sebuah masjid. Masjid itu tak lah terlalu gah besarnya, hanya keluasan biasa.

Sekali imbas, muka mereka sememangnya nampak letih. Itulah kerja doktor, perlu tabah. Setiap kali saya lihat wajah mereka, saya terbayangkan keadaan saya sendiri suatu hari nanti. Andai diberi rezeki dan peluang  oleh Allah, maka itulah pekerjaan saya pada suatu hari nanti.

Walau wajah mereka nampak penat, namun ketika selesai solat, mereka masih mampu tersenyum manis ketika bersalaman dengan jemaah lain. Seolah, riak penat tadi hilang. Orang lain yang lihat juga turut bahaya.

"Ubat paling tinggi harganya, ialah senyuman."

Senyum, ianya memang mudah. Senyuman seolahnya juga memberi pengharapan kepada orang lain. Buat juga insan lain bahagia melihat.

Paling penting, sesibuk mereka, mereka tidak abaikan arahan Sang Pencipta. Masih setia beribadah, kerana ianya mudah, tidak payah.

-Mr. Hope-

6.8.2012
6:44a.m


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.