Sejak dulu, saya kurang cakap dengan ayah. Mungkin, pada saya, ayah masih garang, tetap garang hingga kini.
Lalu, segalanya saya luah dan ceritakan kepada mama. Saya anggap mamalah yang terlebih memahami saya, dan mungkin ia juga extraordinary hyper covalent bond yang lang tak dapat di break by any else, even denaturation atau annealing sekalipun!
Kala kesunyian, saya akan telefon atau mesej dengan mama. Rasa tenang hati kalau dapat dengar suara mama, suara seorang ibu yang telah semestinya kita semua telah dengar sejak hari pertama kita keluar melihat dunia, bahkan secara hakikinya sejak pendengaran kita mula berfungsi di dalam rahim ibu kita. It sounds pretty good!
Saya call rumah, walau dah lewat malam waktu Malaysia, saya call juga. Sebab mama selalu tidur lewat gara-gara sibuk dengan pengajian dan kerjanya, tak kurang juga kerja melayan si kecil yang sedang membesar dengan sungguh nakal.
Tapi, mama dan si kecil sudah pun tidur. Ayah yang angkat telefon. Saya seperti biasa, akan kehabisan modal bercakap. Tak tahu lagi mahu bercakap apa. Selalunya memang begitu, sejak di asrama lagi kes seperti sudah berlaku, berlanjutan hingga sudah ke overseas.
Ayah bijak. Dialah yang akan punya modal yang banyak untuk berborak panjang. Nasihatnya, tiada bandingan. Walau dia tinggi terlalu tinggi belajar, namun pengalaman hidup banyak mengajarnya survive dalam hidup. Semestinya, dia kerap berkongsi dengan anaknya.
Walaupun, situasi dahulu dan sekarang sudah jauh berbeza, namun ianya tetap relevan untuk diceritakan. Saya tetap jadi pendengar yang setia. Gaya ayah bercerita memang best, memang layak menjadi seorang guru. Salute ayah tinggi-tinggi.
Satu sahaja, panjang mana ayah bercakap, bercerita, berjenaka, mesej akhirnya tetap sama.
" Walau sesusah atau sesenang mana pun kita, tahajjud jangan tinggal."
Itu sahaja pesan ayah. Satu kekuatan realiti. Sejak zaman-zaman berzaman. Punca keutuhan seorang hamba dengan Tuhannya. Bangun malam dan bertahajjud.
Itu harapa tinggi ayah buat saya. Insya-Allah, itu juga harapan saya dan bakal keluarga saya. Perkara kecil yang membawa seribu keberkatan dalam hubungan hamba hina dan Tuhannya.
Ya, itu harapan besar!
-Mr Hope-
9.8.2012
1:29 a.m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.