Selasa, 21 Ogos 2012

# 7 : Sang Jatuh


Kadang-kadang, apa yang kita pernah buat kita lupa. Kita perlukan sesuatu untuk trigger kita untuk mengingat kembali apa yang pernah kita buat.

Namun, buat yang rajin mencatat kerja buat anda, membuat diari, blog dan segala bagai, mungkin ianya merupakan sesuatu yang bermakna setelah kita membacanya kembali dalam masa yang lama selepas itu. Ya, ini serius, anda boleh cuba sendiri kalau nak rasa.

Setelah membaca kembali, dirasakan seperti, ' Eh, akukah yang tulis ni?'.

Huh.

Kita boleh lupa dan lalai dalam mencatat. Namun, dua malaikat di kiri dan kanan kita ini tak pernah lupa mencatat segala amalan kita. Tak pernah. Dari kita baligh, hinggalah meninggal dunia.

Di sana juga, ada malaikat yang mencatat segala percakapan kita, word by word. So, think deeply before speak a word. Hatta, siulan kita sekali pun, dia mencatatnya. Hati-hati.

Terjumpa.

Tadi, saya terbaca sesuatu dalam buku hafaz saya, di kulit bahagian hadapan. Ada sesuatu yang menyentuh. Dan, seperti biasa, saya rasakan ' Eh, akukah yang tulis ni?'.

Silakan baca. Nak duduk bersila pun boleh.

" Buku ini,
aku mahu bina harapan baharu.

Walau ianya pahit menimpa,
namun ku tetap setia,
redha kepada yang Maha Esa.

Bangunlah,
kita bersama bina mahligai harapan baharu.

Jatuh sekarang bukan melumpuhkan,
tepi menyempurnakan hidup.

Maka,
sayanglah buat yang pantas mengalah. "



-Mr Hope-

21.8.2012
7.58 p.m






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.