Jumaat, 24 Ogos 2012

# 8 : Mujahadah.



MU.   JA.  HA.  DAH.

Mujahadah, sebutnya sungguh mudah. Walau empat suku kata, ianya tetap mudah disebut.

Saya tak tahu suatu ketika dahulu, berperang dengan nafsu fasad ini suatu yang sangat menyakitkan. Sakit, letih, tension, terbeban. Ah, sungguh berat.

Apa yang saya tahu sekarang, mujahadah itu sungguh tenat, penat dan rasa ralat. Semuanya rasa berat.

Kalau sudah biasa dalam biah tarbiyah, biah orang-orang soleh, biah ilmu, biah menjaga ikhtilat, biah diskusi ilmu dan biah dakwah, tiba-tiba Allah letakkan kita berada keseorangan dan dilimpahkan segala kenikmatan.

Adakah pada masa itu kamu mahu hanyut dalam ketaatan atau memilih hanyut dalam kelam kemaksiatan?

Benarlah, hidup itu hanya untuk diuji, mahu lihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah.

Jika kamu keluar dari biah solehah dalam keadaan kamu dibekalkan oleh segala ilmu yang bermanfaat buat diri dan orang lain, apakah kamu masih mahu kekal dalam ketaatan itu. Mahukah kamu mujahadah?

Saat kita kesunyian, keseorangan, hanya iman yang sudah padu terpasak dalam diri kita yang bakal memandu segala kerja buat kita, sama ada mahu memilih Taqwa atau Leka.

Sesungguhnya, ia suatu ujian yang perit. Sungguh sakit.


Coklat masam.

Suatu ketika, semasa kita kecil, kita rela makan coklat sangat masam. Itu sangat pelik, kerana kemasaman coklat itu masih boleh menarik minat kita untuk makan coklat itu. Bukan kerana apa, tetapi kerana kita sudah tahu yang akhir sekali coklat tadi akan bertukar menjadi manis dan akan bertukar rasa yang sungguh sedap.

Oleh sebab itu, kita masih mampu makan coklat seperti itu. Hanya kerana kita yakin dan sungguh yakin yang segala kemasaman itu akan bertukar menjadi manis di hujungnya.


Manis.

Saya, orang yang dirasakan tidak layak untuk bercerita tentang syurga. Kerana saya sedar diri saya yang terlalu hina ini. Terperosok dalam menembusi hati ini, saya sungguh kerdil di sisi Allah.

Tapi, yang perlu kita tahu, syurga itu bukan sebarangan tempat. Tempat yang tidak murah, yang tak dapat diduduki semua orang. Hanya yang terpilih sahaja akan dapat mengecapinya.

Seakan kita membeli coklat yang mahal-mahal, kita tahu rasanya juga manis seperti coklat-coklat lain. Tetapi, kita juga tahu coklat yang mahal-mahal itu, punya rasa manis yang tiada pada coklat-coklat biasa. Lalu, kita sanggup habiskan duit yang berlipat kali ganda daripada harga coklat-coklat biasa hanya semata-mata mahu beli coklat-coklat yang mahal itu.

Hanya dengan satu kemanisan, kita sanggup untuk berkorban. Kerana kita tahu, pengorbanan kita itu tidak sia-sia dan bakal dibalas dengan rasa manis coklat itu yang sungguh memuaskan.

Jika begitu, mengapa tidak untuk syurga? Bukankah kita sudah dikhabarkan bahawa ianya sungguh manis?

Mujahdahlah. Jangan mudah mengalah. Walau perlu menangis, kuatkanlah jiwa kita.

Pahit dan masam mujahadah kita hari ini, pasti akan dikurniakan Allah suatu yang manis dihujungnya nanti.

Syurga itu maniskan?

Terlalu sangat manis. Undescribable.

Yakinlah. Allah pasti balas dengan apa yang telah kita usahakan.

Pujuklah hati, pujuklah diri.

^^

-Mr.Hope-
24.8.2012
10.24 a.m




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.