Selasa, 4 September 2012

#9 : Risau Sang Ayah.



Berada di luar negara, membuatkan hati sentiasa merindui keluarga. Apabila rindu sampai kemuncaknya, maka Skype lah sebagai wadah utama untuk bersua muka, bertanya khabar, bergurau senda bagi meriangkan suasana.

Namun, kalau mahu cepat, saya terus sahaja telefon mama. Tapi, menefon keluarga bukanlah menggunakan telefon atau handpone, tapi menggunakan laptop kerana kos telefon melalui internet lebih murah berbanding telefon biasa. Hidup mahasiswa perlulah bijak mencatu wang.


Ganggang mama.

Bila rindu bertandang tiba-tiba, perkara pantas yang yang boleh dilakukan ialah telefon. Menelefon terus ke talian rumah lebih murah daripada menelefon talian handphone. Saya selalunya akan bercakap dengan mama, sebab saya memang suka cakap dengan mama dan saya suka dengar suara mama. Suara yang telah lama didengari sejak keluar dari perutnya, hingga kini.

Tapi, hari itu, mama ada cakap sesuatu yang saya tak tahu sebelum ini.

" Ayah risaukan abang...." Mama mula bercerita.

" Kenapa nak risau, abang kat sini selamat saja. Tak payah la risau sangat.." Saya cuba menenangkan mama.

" Bukan risau tu..."

" Habis tu?" Saya naik hairan.

" Ayah risau, kalau abang tinggal solat malam...."

Saya telan air liur. Gulp.

Saya tahu, ayah sangat yakin dengan ibadah-ibadah lain anaknya ini. Tapi, untuk solat malam, mungkin ayah wajar risaukan saya. Kerana saya sendiri pun kadang-kadang risau juga.

" Insya-Allah mama, mama dengan ayah doakanlah juga buat abang, moga sentiasa diberi taufiq untuk buat qiamullail, bermunajat kepada Allah setiap hari. Doa mama dan ayah kan mustajab. Hehe...." Saya beri harapan buat mereka.

" Insya-Allah, mama dengan ayah selalu doakan abang. Abang sabar ya hadapi segala dugaan." Pujuk sang ibu.


Solat malam.

Ayah, seorang yang sangat cakna dalam ibadah qiamullail. Walau dia hanya marhaen biasa, guru biasa dan ayah biasa, dia masih pentingkan perkara itu.

Kalau boleh, walau iman tak boleh diwarisi, dia mahu didik anak-anak dia supaya sentiasa kental iman. Kental menghambakan diri buat Yang Maha Kuasa.

Solat malam, satu ibadah yang benar-benar mendidik jiwa menjadi hamba yang taat. Pada saat kita dapat bersujud dalam lautan malam yang sunyi, ada ketenangan yang tak dapat digambarkan menerjah hati sanubari.

Tika itu juga, kita perlu syukur kerana masih mampu bangun malam untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mungkin ramai yang salah anggap, kita dapat buat ibadah apa sekali pun, sesungguhnya ia bukanlah dengan kekuatan diri kita sendiri, tetapi ia sebenarnya kekuatan atau taufiq yang diberikan oleh Allahu Subhanllah Ta'ala kepada kita.

Maka, andai masih diberi peluang untuk sujud menyembah Yang Esa, bersyukurlah. Kerana, anda hamba-Nya yang terpilih.


-Mr.Hope-

4.9.2012
8:01 a.m






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.