Rabu, 26 September 2012

#10 : Leka Insan.



Masa terus berjalan, diri sendiri juga dewasa perlahan-lahan.

Kini, musim baharu kembali dan terus membuka langkah emas. Biar emas pada awalnya, supaya terus sayang langkah pertama itu untuk dibawa ke jauh ke peringkat seterusnya. Saya cuba binakan juga pembukaan lembaran dan harapan baru untuk tahun ini, insya-Allah. Syukur.

Hajat diri mahu jadi orang yang bermanfaat. Jadi, mengapa masih keluar keluhan penat?

Mengurut dada. Duhai hati, adakah kau makin kotor? Sungguh, saya sangat risau. Bagaimana akan saya persembahkan segala ibadah buat Allah, jika datangnya dari hati yang dikotori.

Istighfar.

Astaghfirullahal'azim.

Bangun, bangun, bangun. Jangan redha dengan nafsu keji itu. Biar seletih mana, jangan pernah lelah untuk mengejar Redha Allah, Rahmat Allah. Kerana bukan kerana amalan bergunung kita, yang dapat memasukkan kita ke dalam Syurga Allah nan indah. Tetapi dengan Rahmat-Nya. Serius!


Leka.

Kamu, kalau bermain dengan dunia, sampai bila pun tak akan terkejar. Kerana dunia ini bukan tempat yang mulia, ia hanya diibaratkan Nabi tercinta sebagai bangkai. Can you imagine bangkai? Kalau mahu terus leka bermain di dalamnya, mungkin dengan kamu sekali akan jadi busuk bangkai. Eeeee...

Syaitan itu ada di mana-mana. Tugasnya sudah jelas, mahu rosakkan anak adam. Kamu keturunan siapa?

Hidup jika terus menerus leka, pasti rugi. Tiada apa yang bakal dikenangkan nanti. Hanya sepi. Maka, mahukah kamu leka lagi?

Jangan terus berpatah hati. Tapi, berpatahlah balik kepada Allah.

Jika dirasakan dosa kita terlalu besar untuk diampunkan, maka ingatlah pengampunan Allah itu lebih besar dari itu.

Percayalah.

Kredit


Ingat, 
walau sejauh mana jalannya, 
bersimpang siur simpangnya,
kita tetap dengan aqidah kita. 
Tetap dengan jalan kita. 
Jangan toleh lagi ke jalan pesong yang lain. 
Tepis segala gangguan.
Tolak segala rintangan.



Wallahua'lam.


-Mr.Hope-
26.9.2012
9:36 p.m



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.