Ahad, 25 November 2012

#13 : Beban Yang Terbeban.


Semangat, satu elemen yang sangat penting dalam jalan menuntut ilmu. Walaupun nampak mudah, tetapi tanpanya, membuat sesuatu pekerjaan dirasakan tidak lengkap, istiqamah mudah luntur.

Semangat, kadang-kadang mudah sungguh lari. Jika lari begitu sahaja tidak mengapa, tetapi perginya membawa sakit yang membarah di dalam diri. Sakit. Lelah.

Kini saya sedar, jika hati kotor, semangat juga turut menurun luntur. Tidak kira apa jenis semangat, pasti lari menghilangkan ruh hati.

Oh, ini sesuatu yang berat. Mungkin satu bala, saya kira. Bagaikan satu pakej. Semua terhubung kait. Sakit.

Bagaimana mahu jernihkan kembali? Mudah. Jangan kotori lagi sang hati. Lubuk dan pintu segala ilmu.

Bagaikan salur darah yang tersekat, aliran darah tidak dapat lagi lalu menuju ke destinasi yang hendak dituju. Tersekat dan terhalang. Akhirnya yang perit menanggung, seluruh badan. Pedih menanggung.

Solusinya mudah. Biar hati berpanjangan suci. Walau pahit mujahadah sendiri.


-Mr. Hope-

31.11.2012
 10:13 p.m


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.