"Ah #&@*@*#; dah tahu nak masuk simpang tu, bagilah signal dulu. Ingat aku boleh baca hati kau ke? Ingat aku Tuhan yang tahu segala isi hati kau?"
Andai engkau benci manusia yang masuk simpang tak reti bagi 'signal', yang seolah-olah menyangka kita ini boleh tahu setiap hasrat hati dia, itu membawa satu pengakuan dalam diri kita.
Iaitu, kita memang tak boleh tahu apa yang ada dalam hati orang. Kita tak tahu niat dia. Kita tak tahu apa yang akan dia buat selepas ini. Kita tak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hatinya, tanpa dia ceritakan satu persatu.
Kerana itulah, orang yang suka meneka-neka atau bersangka-sangka manusia di sekelilingnya dengan sangkaan buruk, sangat-sangat tidak di sukai. Malah kadang-kadang dijauhi!
Apa dia itu Tuhan?
Kerana itu, tiada lagi jalan keluar yang lebih baik, selain bersangka baik.
Ya, bersangka baik.
Yang berpada-pada.
Jika tidak, banyaknya, hanya membawa kepada dosa.
-Mr.Hope-
2147
230814
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Saya belum ada rekod makan spesis sendiri.