Sabtu, 23 Ogos 2014

#27 : Meneka

"Ah #&@*@*#; dah tahu nak masuk simpang tu, bagilah signal dulu. Ingat aku boleh baca hati kau ke? Ingat aku Tuhan yang tahu segala isi hati kau?"

Andai engkau benci manusia yang masuk simpang tak reti bagi 'signal', yang seolah-olah menyangka kita ini boleh tahu setiap hasrat hati dia, itu membawa satu pengakuan dalam diri kita.

Iaitu, kita memang tak boleh tahu apa yang ada dalam hati orang. Kita tak tahu niat dia. Kita tak tahu apa yang akan dia buat selepas ini. Kita tak akan pernah tahu apa yang terbuku dalam hatinya, tanpa dia ceritakan satu persatu.

Kerana itulah,  orang yang suka meneka-neka atau bersangka-sangka manusia di sekelilingnya dengan sangkaan buruk, sangat-sangat tidak di sukai. Malah kadang-kadang dijauhi!

Apa dia itu Tuhan?

Kerana itu, tiada lagi jalan keluar yang lebih baik, selain bersangka baik.

Ya, bersangka baik.

Yang berpada-pada.

Jika tidak, banyaknya, hanya membawa kepada dosa.

-Mr.Hope-
2147
230814

Selasa, 19 Ogos 2014

#26 : Meluas Pandang

Permusafiran itu satu perjalanan,

Bukan sekadar seronok lupakan Tuhan,

Bahkan perlu bantu rangsang fikiran,

Untuk lihat betapa indah ciptaan Tuhan.

Aku lihat.
Aku renung.

Kiri kanan penuh kontang.

Hamparan bumi begitu luas,

Tadabburlah duhai hamba hingga puas!

Kerasnya batu punya juga manfaat pada manusia,

Namun kerasnya hati,

Tiada apa guna!

Langit bumi bukan sekadar rakaman kamera,

Tetapi buat rakaman mata hati,

Untuk,
lihat,
ambil,
dan tadabbur.

Di kontangan pasir memanas,
-Mr.Hope-
070214

#25 : Tipikal

Perempuan tipikal,
Mereka banyak.

Perempuan non-tipikal,
mereka hanya sedikit.

Perempuan yang biar badan mereka dijamah mata-mata lelaki,

yang tidak mahu menutup aurat menurut spesifikasi syarak,

yang pergaulan mereka tiada mengikut batas syarak,

itu perempuan tipikal.

Perempuan non-tipikal,

Mereka ghuraba',

Pelik daripada orang lain,

Yang lain mahu sejuk mereka rela berpanas,

Rela panas di dunia tidak mahu panas di Jahannam,

Bergaul pula ada sekatannya.


Oh kau siapa, pernah jadi perempuan?

Oh.

Aku bukan perempuan.

Aku hanya dikenalkan dengan perempuan yang ikut dan patuh pada Allah, yang tidak tipikal.

Sayyidatina Khadijah.
Sayyidatina 'Aaisyah.
Sayyidatina Fatimah.
Masyitah.

Mereka perempuan-perempuan tabah,

Yang patuh segala perintah Allah.

Mereka non-tipikal.

Mengapa perlu jadi non-tipikal?

Kerna tipikal itu terlalu mainstream.

Hingga disebut Rasulullah mereka golongan perempuan yang banyak di neraka. Ingkar pada segala suruhan syarak.

Kerana perempuan non-tipikal ini bakal melahirkan pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan-Nya.

Kamu tidak mahu?

Oh, betapa istimewanya mereka.

Sangat istimewa!

-Mr.Hope-
1948
040114

Isnin, 27 Januari 2014

#24 : Andaiku.


Saya tidak tahu siapa salah.

Tetapi, pabila memandang diri saya sedar, inilah fitrah.

Fitrah kurniaan Allah.

Memetik kata-kata ulamak, nafsu syahwat ini dikurniaan Allah pada insan ialah untuk melestarikan generasi keturunan.

Saya tahu, sayalah yang paling lemah segala.

Andaiku, andaiku, andaiku.

Andaiku bisa menahan,
Akanku tahan.

Andaiku inginkan,
Allah lebih tahu segala kemahuan.

Andai mereka senang difahamkan,
Nescaya tidak letih aku menahan.

Andaiku tertawan,
Aku tidak tahu pada siapa aku salahkan.

Andaiku nangis,
Kepada siapa ku terima pelukan?

T_T.    T_T.

- Mr. Hope -
1944
270114

Jumaat, 27 Disember 2013

#22 : Berimankah?


Subuh nan sunyi.

Angin shitak benar-benar menusuk.

Dengan angin shitak inilah, ada yang makin kuat dan yang makin terkulai lalu lemah. Sungguh, solat subuh berjemaah di masjid bukanlah sesuatu yang mudah. Badan tegap dan berketak bukan syarat untuk jadi kuat menolak selimut dan menyahut seruan Ilahi. Hanya iman yang utuh dan kukuh, mampu memberi kekuatan pada tubuh.

....وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّه...

"...dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah..." (11:88)

Sebuah Mukjizat.

Istimewanya al-Quran ini ialah kerana ia adalah satu-satunya mukjizat Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam yang masih kekal hingga sekarang. Hatta kaum kafir quraish yang handal berbahasa ketika zaman Nabi, apabila dicabar untuk membuat satu surah untuk menyatakan bahawa kebenaran mereka, ternyata mereka gagal, walau hanya satu surah.

Kerana itu, pejuang-pejuang Islam perlu menguasai bahasa arab fusha sebaiknya. Adalah pelik mempelajari bahasa arab, tetapi mengetepikan atau tidak mengendahkan al-Quran dan hadis-hadis, sangat pelik. Kerana pada al-Quran dan hadis, banyak yang boleh dipelajari dari segi bahasanya.

Tetapi setelah Islam tersebar luas kepada kaum selain arab ('ajam), maka penghayatan al-Quran dari segi bahasanya kian berkurang, kerana kebanyakan kaum selain arab memahami al-Quran dengan membaca terjemahannya.

Lalu, yang tinggal sekarang ini buat umat Islam, ialah akhlak. Kerana, misi besar Rasulullahi sallallahu 'alaihi wa sallam ialah untuk itu, membawa akhlak yang 'makaarim', yakni mulia. Tetapi jika akhlak umat Islam pada hari ini ialah akhlak yang punah ranah, di manakah lagi identiti istimewa Islam?

Teringat kata-kata Cat Steven, "Saya beruntung kerana saya mengenali Islam, sebelum saya mengenali umat Islam."

Semakin tinggi ilmu, sepatutnya semakin tinggi akhlak dan adab. Berilmu tinggi tanpa akhlak dan adab, laksana orang gagah tegap tetapi bertelanjang bulat. Kuat, namun memalukan dan pelik.

Berimankah?

Walau pagi ini pagi jumaat, namun imam tidak membaca surah bagaimana selalu, tetapi surah lain. Tidak tahulah mengapa, tetapi yang saya tahu, dua surah (as-Sajjadah dan al-Insan) tersebut, bukanlah sesuatu yang wajib dibaca, tetapi digalakkan.

Pada rakaat kedua, ayat-ayat yang dibacakan benar-benar menggugah jiwa menggigit rasa. Syahdu.

Bukanlah kerana syahdunya suara imam tersebut, tetapi ayat yang dibacakan. Ianya memberi kesan kerana bahasanya bukan bahasa manusia, tetapi bahasa Sang Pencipta. Penuh istimewa.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

Mengeluh tatkala ujian menimpa?

Pegang dada.

Tanya, 'ada lagikah iman di dadaku?'

Jika ada, tetaplah, tsabatlah, sabarlah.

Orang beriman itu sememangnya medan ujian buatnya adalah luas.

Tiada kerehatan yang nyata di dunia ini. Istirahat yang hakiki, nun di sorga sana. Terlebih istimewa buat hamba-hamba yang istimewa.

Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita yang kerap menzalimi diri.

Kita hanya hamba.

T_T

-Mr.Hope-
07:23a.m
27.12.13

Sabtu, 30 November 2013

#22 : Bukan Sesiapa.


Jika kau rasa aku hebat,
aku bukan sesiapa.

Jika kau lihat aku liat,
aku bukan sesiapa.

Jika kau lihat aku penat,
aku bukan sesiapa.

Jika kau lihat tenat,
aku bukan sesiapa.

Hari-hari yang ada,
aku sentiasa mencuba,
walau aku hanya seorang hamba,
lebih dari hina,
pendosa.

Tiada tempat,
selain kepada-Mu,
tempat aku mengadu.

Tunjuki aku Ya Raheem.

Maafkan aku Ya Kareem.

Aku bukan sesiapa.
Aku hanya hamba.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

[2:207]

-Mr. Hope-
10:55 a.m
30.11.13

Ahad, 17 November 2013

#23 : Engkau Sahabat


Dalam sebuah perjalanan hidup,
tidak dapat tidak,
kita perlukan seorang sahabat,
yang sanggup berdamping dengan kita pada saat apa sekali pun.

Dan, itulah yang namanya sahabat.

Tetapi, yang diimpi-impi ialah sahabat sejati,
Bukan sahabat yang hanya pentingkan diri,
Dan melayan ego sendiri.

Mencari dan mengenal pasti seorang sahabat sejati ini,
Ternyata susah sekali.

Ia memerlukan masa yang panjang,
Setahun dua belum tentu dapat kita cari dan kenal.

Belum cukup.

Kerana yang namanya sahabat ini,
Juga seorang manusia,
Sering berubah-ubah,
Kecuali yang sejati,
Akan tetap bersama kita walau dalam apa jua keadaan.

Saling menasihati,
Saling meneguri,
Saling menerima teguran,
Saling mengambil berat,
Tetap bersama ketika susah,
Berkongsi rasa ketika gembira,
Tidak biar sesama kita menderita,
Saling bermaafan,
Saling mengingatkan,
Saling menguatkan,
Saling mendoakan bi zohri ghaib,
Bukan saling mencari aib,
Bukan saling mendedahkan aib.

Ternyata ia mengambil masa yang panjang untuk semua ini,
Bukan sekejap-sekejap.

Namun,
Setelah menjumpainya,
Ketahuilah bahawa itu juga satu nikmat terbesar,
Nikmat yang sukar dicari dan diperolehi.

Saat telah menjumpainya,
Hargailah dia,
Berbuat baiklah.

Juga,
Redhalah juga pada saat ujian menimpa.

Bumi mana tidak ditimpa hujan,
Lidah pun adakalanya digigit gigi.

Maka,
Bersabarlah.

Uhibbuka fillah.
Saya sayang kamu kerana Allah.

Ku merinduimu, sahabat.

Love you my true friend.

-Mr. Hope-
2209
171113


Sabtu, 16 November 2013

#21 : Maaf


Kita,
akan jadi lebih dihormati,
jika diri kita memaafkan orang lain,
dan juga meminta maaf.

Betul,
kerana itu bukan mudah.

Terutamanya lelaki,
insan yang paling selalu bermain dengan ego,
sangat sukar.

Yang meminta maaf,
tugasnya telah selesai,
telah berusaha sedaya mampu.

Tetapi,
Dalam berukhuwah,
Bukan sahaja yang meminta maaf itu sahaja yang ada kesalahan,
Tetapi juga si dia yang diminta memberi maaf itu,
Kemungkinan juga dia ada kesalahan.

Sebab itu,
Yang namanya maaf ini,
Ialah 'saling',
Bukan berseorangan.

Selalulah istighfar,
Minta maaf dengan Tuhan.

Selalulah 'saling' bermaafan,
Moga kosong segala kekhilafan.

Mr. Hope
2230
151113

#20 : Luah

Hari ini semua orang mahu luah.

Di dinding-dinding pesbuk,
Di garis-garis masa twitter,
Di gambar-gambar insta,
Luah hingga meruah.

Luah ini kadang-kadang bermakna,
adakalanya juga sampah,
kita mahu yang semacam mana,
kita pilih.

Saya pilih untuk manfaat diri,
kerana saya tahu saya perlu perbaiki diri,
setiap hari.

Tetapi jika ada manfaat untuk yang lain,
silakan ambil,
tiada paksaan dan dendaan.

Biarlah apa yang kita buat, kita luah, bukan hanya dapat manfaat buat diri sendiri, tetapi boleh jadi catatan yang boleh membantu kita capai redha Allah.

Moga banyak membuah.

-Mr. Hope-
2219
151113

Ahad, 27 Oktober 2013

#19 : Juga Punya Mimpi

Hari menjelang hari, masing-masing menempuh hari tersendiri.

Ada yang kuat, gagah, penuh tawa, muram kecewa dan yang pastinya hari itu mungkin hari mula atau hari akhir hidupnya.

Ya, semua orang bagaikan roti. Ada hari mula dan ada hari akhir. Mahu bergerak terus ke hadapan hingga bermanfaat buat ummat, atau berdiam diri membiarkan diri dimamah fungus dan ulat.

Itu pilihan kita.

Impian.

Akhir-akhir ini, saya ada terbaca tentang impian-impian yang mereka tertulis di sana sini. Saya seronok, kerana impian mereka ada manfaat besar buat ummat pada masa hadapan.

Impian sebegitu yang patut setiap orang fikirkan.

Oleh kerana berimpian itu percuma, saya juga punya segala bagai impian. Boleh saya katakan, ianya yang besar-besar.

Impian besar, lahir daripada orang berfikir. Tanpa berfikir, sukar kita mampu mendapatkannya. Tetapi, tiada guna andai berimpian besar tetapi tidak bersiap untuk menjadi seorang yang berjiwa besar.

Jiwa Besar.

Benar, berjiwa besar itu penting.

Tapi, mengapa?

Kerana, apabila kita mula berimpian, kita akan mula berdoa dan berharap supaya segala impian kita terlaksana dan menjadi realiti.

Namun, Allah Ta'ala tahu segala-galanya. Tanpa kita sedari, dari segala macam impian yang kita pinta untuk direalisasikan, Dia juga punya perancangan, sebaik-baik perancang untuk kita.

Dalam perjalanan untuk mendapat segala yang diidamkan itu, pasti tidak mudah. Sudah jadi adat, untuk mendapat senang, perlulah bersusah dahulu.

No pain, no gain.

Jalan itu akan penuh onak duri ujian yang tersedia untuk mentarbiyah diri kita. Cuma, kadang-kadang, bila sudah terlalu berat ujian yang diterima hari ini, kita terlupa yang Allah mahu mentarbiyah kita menjadi seorang berjiwa besar, punya ketahanan yang tinggi untuk meneruskan cabaran tatkala datang ujian yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan.

Sentiasa bersyukur dengan segala pemberian-Nya dan teruskan berjuang, bernafas dalam rahmat dan redha-Nya hingga akhir hayat.

Taqwa.

Impiankanlah apa sahaja pun.

Kejarlah apa sahaja cita-cita yang ingin dicapai.

Namun, ingat.

Jadilah yang bertaqwa.

Yang ikhlas membuat kerja kerana Allah Ta'ala.

Insya-Allah, Jannah al-Firdaus menanti di sana. Itu impian besar kita.

-Mr. Hope-
1218
271013

Jumaat, 25 Oktober 2013

#18 : Dia Sudah.

Gembira.

Sungguh gembira.

Dia ini sahabat saya. Soleh orangnya. Saat orang lain sukar mendengar luahan perasaan saya, dialah yang jadi pendengar setia. Walau kekadang dia tidak mampu berbuat apa-apa, namun cukuplah senyumannya yang membahagia.

Tempoh hari, secara rahsia dia beritahu saya yang dia sudah bertunang. Saya gembira dengan berita itu. Dan, saya rahsiakan berita itu.

Hari ini, dia beritahu pula yang dia akan berkahwin dalam waktu terdekat.

Allahu Akbar.

Walaupun bukan saya yang akan berkahwin, namun berita ini amat membahagiakan saya. Dia yang begitu pendiam, mengorak langkah lebih kehadapan berbanding orang sahabat lain.

Diam-diam ubi, berisi.

Saya berikan pandangan saya tentang perkahwinan dan nasihat setakat termampu. Apa yang telah saya pelajari, sama ada daripada guru-guru, buku-buku dan sahabat-sahabat lain, saya kongsikan bersamanya, supaya dia lebih bersedia menempuh bait muslim yang bakal dibina.

Berita ini diberi tahu kepada saya atas kepercayaannya dia kepada saya, sebagaimana saya percayakan dirinya. Sangat terharu.

Ini baru berita perkahwinan sahabat.

Kalau perkahwinan sendiri bagaimana pula rasanya.

Heh.

Mr. Hope
25.10.13
7.26 p.m

Ahad, 29 September 2013

#17 : Untuk Malas


Duhai malas,
Aku harap engkau dengar,
Nasib baik dengar itu tidak boleh dimalaskan,
Kecuali engkau tutup telinga.

Engkau tahu,
Aku mahu rajin?

Diriku ini penuh pengharapan,
Harapan yang menjalar laju untuk terus maju ke hadapan,
Namun mengapa engkau ketat menjalar aku seiring dengan harapan dan cita-cita aku?

Aku musykil.

Engkau tahu,
Betapa aku ini tegar melawan engkau,
Hingga kadang-kadang tidak terlawan.

Engkau kuat setiap masa,
Namun aku ada pasang surutnya.
Letih kudratku,

Malas,
Izinkan aku berjaya,
Janganlah engkau cuba-cuba lagi menahan aku.

Jauh di sana,
Aku ingin berjaya,
Menggapai apa yang termampu,
Membuat semua berbangga,
Mengembang panji dakwah-Nya.

Malas,
Nyahlah engkau!

Mr. Hope.
29.9.2013
7.19a.m

#16 Dipinang

Tidak pernah.
Tidak pernah ada dalam sanubari,
Diri hina dina ini akan ditaqdim,
Oleh seorang wanita.
Tidak pernah.

Namun, fatwa hati belum memberi jawapan,
Bahkan pada usiaku dan keadaanku sekarang,
Ia rumit untuk diputuskan,
Sungguh, ia suatu urusan besar untuk masa hadapan.

Dahulu aku kagum dengan lelaki yang dipinang perempuan,
Kerana kebanyakan mereka golongan yang taat kepada-Nya.
Namun, aku?
Ah, aku pun tidak mampu menjawab.
Solehkah aku?
Allah...
Aku malu.

Kita jadi mahal apabila kita benar-benar jadi hamba-Nya, patuh segala perintah, tahan bermujahadah.

Ayah bilang,
Semua ini satu pernghargaan buat kita yang bergelar lelaki.

Benar,
Aku jadi tiada suara,
Terkejut tiada daya,
Aku hanya bersedia ke gerbang itu,
Tetapi tidak pernah terfikir akan dipinang.
Kaku.

Nun di sana,
Ada yang lebih mulia,
Dipinang bidadari syurga.

Nikmat segala.

Mr. Hope.
29.9.2013
6.55a.m

Rabu, 25 September 2013

#15 : Berputik

Hari makin hari saya jalani seperti biasa.

Hanya biasa-biasa. Tiada yang istimewa buat insan seperti saya ini.

Hingga kekadang, terasa diri ini sudah sampai masanya. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Agak ragu-ragu.

Saya sedar saya seperti insan lain yang punya perasaan dan jiwa raga untuk dibelai dan diberikan haknya.

Dia mahukan seorang peneman. Yang sudi menemani dalam saat apa sekali pun. Di tengah taufan, hujan, kemarau, ombak deras, di mana-mana sahaja.

Peneman yang bisa buat hati yang gelisah gundah jadi indah, penuh pesona. Yang bisa jadi ibu terbaik buat anak-anak, penyambung generasi pembina ummah.

Pegang dada. Saya sudah umur berapa?

Adakah awal 20-an suatu yang dikira terlalu awal untuk berumah tangga?

Semua itu jawapannya ada di batang tubuh kita sendiri. Allah dan kita sahaja yang tahu.

Sudah bersedia memutik perasaan?

Moga segalanya dipermudah.

Rabu, 26 Disember 2012

#14 : Sunat.



"Eh, esok hari khamis, mahu puasa sunat?"

Dia angguk.

" Insya-Allah." Bunyinya.

Untuk hari isnin pun, begitulah ragamnya.

Jika dia bangun awal, dia masakkan sahur. Jika saya lebih awal, saya yang akan sediakan.

Sama-sama saling melengkapi. Satu lemah, satu lagi kuatkan. Itulah fungsi menjadi sahabat.

Bukan mudah untuk lakukan berseorangan, perlu berdepan dengan para syaitan dan nafsu-nafsu buas sendirian, lalu mudah tewas dengan segala pujuk rayunya. Terus, jadi lemah.

Harus ada jemaah. Walau berdua, itu sudak ok. Solat sendirian tidak dinamakan jemaah, dua orang barulah boleh.


Bina iman diri, untuk bina iman generasi hadapan.

Hari ini, bergelumang berlawan dengan nafsu fasad, menentang syaitan. Kerana suatu hari nanti, kita, sang lelaki ini, bakal jadi imam kepada keluarga.

Walau nampak lambat, tetapi ianya sudah dekat. Mula sekarang, untuk masa hadapan.

Jangan tunggu mahu kahwin baru mahu bina. Bina sekarang, insya-Allah binaannya bakal jadi binaan yang lebih besar dan nampak lebih bersedia dan matang untuk menghadapi segala cabaran mendatang.

Bukan mudah mahu bina keluarga yang diredhai Allah, perlu kerah segala kekuatan untuk berkorban. Bersedialah.


Sunat.

Lazimnya, orang yang lakukan banyak amalan sunat ini, mereka yang punya jalan juang mujahadah yang tinggi. Mereka bukan sahaja berjaya laksanakan yang wajib, bahkan juga yang sunat.

Mahu dapat redha Allah, apapun onak duri mendatang, sanggup sahaja diredahi.  Jangan mudah mengalah dan kalah. Jangan menyerah, teruskan mujahadah!

Hidup, bukan saja untuk bina badan, tapi juga untuk membina iman.

Tanpa iman, siapalah kita. Siapakah kita untuk dipandang-Nya?

Mari, sama-sama kita kejar mardhaatillah.


Rasa lemah berseorangan? Carilah sahabat baik yang mampu menguatkanmu.



-Mr.Hope-
26.12.2012
11:27 p.m.






Ahad, 25 November 2012

#13 : Beban Yang Terbeban.


Semangat, satu elemen yang sangat penting dalam jalan menuntut ilmu. Walaupun nampak mudah, tetapi tanpanya, membuat sesuatu pekerjaan dirasakan tidak lengkap, istiqamah mudah luntur.

Semangat, kadang-kadang mudah sungguh lari. Jika lari begitu sahaja tidak mengapa, tetapi perginya membawa sakit yang membarah di dalam diri. Sakit. Lelah.

Kini saya sedar, jika hati kotor, semangat juga turut menurun luntur. Tidak kira apa jenis semangat, pasti lari menghilangkan ruh hati.

Oh, ini sesuatu yang berat. Mungkin satu bala, saya kira. Bagaikan satu pakej. Semua terhubung kait. Sakit.

Bagaimana mahu jernihkan kembali? Mudah. Jangan kotori lagi sang hati. Lubuk dan pintu segala ilmu.

Bagaikan salur darah yang tersekat, aliran darah tidak dapat lagi lalu menuju ke destinasi yang hendak dituju. Tersekat dan terhalang. Akhirnya yang perit menanggung, seluruh badan. Pedih menanggung.

Solusinya mudah. Biar hati berpanjangan suci. Walau pahit mujahadah sendiri.


-Mr. Hope-

31.11.2012
 10:13 p.m


Khamis, 25 Oktober 2012

Face Dangerous Area


Triangular Area of Facial Skin


The Triangular Area of Facial Skin including :

- Upper lip

- Nose

- Medial angle of eyes

Are considered as dangerous area of face. If this area became infected, the infection would spread to cavernous sinus and causing its thrombosis.

Deep communication of anterior facial vein in connected with cavernous sinus via two routes.

1st Route :

- Facial vein is connected to superior opthalmic vein which then drains in the cavernous sinus.

 2nd Route :

- Facial vein is connected to pterygoid venous plexus through deep facial vein.

- Then, the pterygoid venous plexus is connected to cavernous sinus via three emissary veins.





Causes of cavernous sinus thrombosis ( from http://www.nhs.uk )

The most common cause of cavernous sinus thrombosis is when an infection in another part of the skull, such as the eye, nose or ears, spreads into the cavernous sinuses.

The two infections most commonly associated with a cavernous sinus thrombosis are:

- Sinusitis, which is an infection of the small, air-filled cavities behind the cheekbones and forehead
a boil, which is a large painful pus-filled swelling or lump that develops on the face

- Attempting to squeeze a boil can sometimes result in an infection spreading into the cavernous sinuses.

The immune system will create a blood clot to prevent the infection from spreading further into the body.

However, the clot will usually block the flow of blood away from the brain through the jugular vein. This blockage increases the pressure on the brain and blood can also flow back up into the brain, both of which can damage the brain, as well as the eyes and the central nervous system.

In addition, the immune system, despite the blood clot, is normally ineffective in preventing the spread of infection out of the skull and into the rest of the body.

So the infection often spreads through the blood stream causing multiple organ failure, which is known as blood poisoning or sepsis.

Other causes


Other less common causes of cavernous sinus thrombosis include:

- A severe head injury that results in a blood clot. This is thought to be the second most common cause.

- An infection spreading from a tooth or gum infection .

- Having a health condition or other underlying factor that makes you more prone to blood clots - the most common being pregnancy.

- People who have conditions that cause inflammation (swelling) inside their body, such as lupus or Behçet’s disease, can occasionally develop blood clots.

- Some types of medication, such as the contraceptive pill or the medications used in hormone replacement therapy, can cause blood clots as a side effect, though this is very rare.



Points to Remember

- Use a clean tissue to clean something from your nose instead of picking it with fingers. Nasal passage can be cleaned using nasal rinses.

- Instead of plucking your nose hair, use a nose trimmer.

- Do not squeeze or pick the pimples or zits in this area. Use emollient jelly instead.

- Facial piercings may also give problems.




Wallahua'lam.



-MrHope-

25 October 2012
11:50 a.m


Favism


Favism.


From Biochemistry Department Book :

- Favism is a type of Congenital Haemolytic Anaemia or Hereditary Haemolyti Anaemia.

- Congenital Hemolytic Anaemia is occurs due to congenital deficiency of Glucose 6 Phosphate Dehydogenase ( G6PD ).

- It is X-linked condition.

- Deficiency of G6PD result in :

 * Decrease in the level of NADPH+H

 * Hence, a decrease in the concentration of Reduced Glutathione ( GSH ), which is the main defense mechanism facing the dangerous effect of Hydrogen Peroxide and other oxidant radicals.

- Hydrogen Peroxide may decrease the life span of Erythrocytes and increase the rate of oxidation of Haemoglobin ( Hb ) into Methaemoglobin.

- The deficiency is manifested only after intake of certain oxidant drugs  like primaquine, the antimalarial drug or after ingestion of fava beans ( broad beans ).

- Oxidizing drugs and sulfa drugs, in absence of reduced glutathione ; may distort the membrane of RBCs resulting in hemolysis.

* The urine turns black

* Jaundice is developed

* Hb contentof blood drops sharply.


- In some cases; massive destruction of RBCs causes death.

- This disease could be treated by :

* Administration of antioxidants

* Regular transfusion of packed RBCs.


Meaning of Favism :


Dorland's Pocket Medical Dictionary 28th Edition.

- An acute hemolytic anemia precipitated by fava beans ( ingestion or inhalation of pollen ), usually caused by G6PD in erythrocytes.


Oxford Medical Dictionary.

- Inherited defect in the enzyme G6PD causing the red blood cells ( RBC ) to become sensitive to a chemical in fava beans.

Eating this bean result in destruction of RBC ( Haemolysis ), which may lead to severe anaemia, requiring blood transfusion. Favism occur most commonly in the Mediterranean and Middle East.


Fava Beans ( Broad Beans )





Wallahua'lam.



-MrHope-

25 October 2012.
7:04 a.m


Ahad, 21 Oktober 2012

# 12 : Dengki Mulia



Mata mendengki.

Entah mengapa, saya secara tidak sengaja wujud satu sifat yang jarang-jarang tumbuh dalam diri. Dengki.

Kala saya terlihat atau terserempak dengan orang yang memegang rekod sebagai pelajar terbaik batch, hati saya pantas melirik dengki. Pendengkian atas kejayaannya itu datang secara tiba-tiba.

Saya faham, itu dengki yang baik dan dibenarkan syarak. Mana tidaknya, berlumba untuk jadi yang terbaik di sisi Allah dan manusia sememangnya digalakkan.

Tapi, dengki bukan setakat mendengki. Dengki mulia itu perlu diiringkan dengan usaha menganjakkan diri semahu dan setinggi yang mampu. Kemudian, serah saja segalanya kepada Yang Maha Mengatur.

Moga harapan besar ini tidak didengki sang malas yang selalu meracun diri. Lawan tetap lawan. Alang-alang mujahadah, biarlah sampai jannah!


Terlanjur mendengki, biarlah dengki mulia. ^^



Wallahua'lam.



-Mr.Hope-

2 Oktober 2012
8:42 p.m


#11 : Yang Tidak Menyukai Jawatan



Kelu. Mahu kata bagaimana pun saya tak tahu.

Saya, apabila semakin dewasa, ada saja perubahan yang berlaku. Kadang-kadang, saya tak tahu, apa punca sebenar saya berubah sebegitu.

Antaranya, yang pertama, saya jadi malu mahu letakkan gambar di laman sosial.  Kedua, saya kini jadi tidak suka berjawatan, tambah-tambah kalau jawatan itu jawatan besar.

Huh.

Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan kembali.

Sungguh, semua perubahan ini berlaku tanpa saya sedari. Mungkin persekitaran hidup saya yang telah lama mempengaruhi saya.

Dan mungkin juga hati saya yang tak pernah surut merendah diri.  Tak tahu lagi nak buat bagaimana.
Apabila berfikir secara mendalam, saya fikir saya perlu mengorak langkah baharu. Tak perlu takut lagi dengan jawatan. Bahkan gunakannya dengan daya yang terbaik. Jadikan diri lebih bermanfaat dengan jawatan tersebut.

Namun, dari satu sudut, hati haruslah sentiasa dijaga. Agar segalanya dilakukan hanya kerana Allah, bukan kerana jawatan.

Alhamdulillah, satu lagi harapan yang bakal menyinari hidup saya, insya-Allah.


Wallahua'alam.

-MrHope-

20 Oktober 2012
10:04 a.m